Wednesday, August 4, 2010

DiA...

Setiap kali dia masej dengannya aku rs happy sangat..walaupon dia milik orang lain..dia cukup membahagiakan aku...tenang sangat hati aku bila dia ambil berat tentang aku..famly aku....thanks awak...saya sayang awak...awak dah merubah hidup saya...saya pun tau awk rmai peminat...tapi tak pe...jodoh pertemuan milik Allah...semoga ada jodoh antara kita...Amin...IsyAllah...

Monday, August 2, 2010

CiNtA tAk KeSaMpAIAn...

erm....awk walaupun sy bru kenal awk..tp sy rsa perkenalan kita bagaikan dh terlalu lama terjalin...1st time sy tgok awk di rumah kakak sy...sy rs tenang sngat...sy rsa selamat andai berada di sisi awk..walaupun sy baru kenal awk...saat saya tahu awk terima kembali kekasih lama awk...hati sy rs sakit sangat...sy tahu xmungkin bagi sy untuk merampas awk dari dia...sy tahu sakit jika seseorang merampas hak kita...tapi x mungkin sy melupai awk...bahkan keluarga sy juga sangat menyukai awk...sy hanya boleh menyayangi awk dr jauh...sy sedar sy x layak untuk awk...sy pohon izinkan sy terus menyayangi awk dr jauh...walaupun bukan sy yang bertahta di hati awk...setiap kli on facebook sy mesti tgk facebook awk...walupun xdapat melihat awk secara live...hihi...tp sy gembira sebab dpt tgok gmbar awk...saya sayang awk sangat2...terima ksih sebab masih di sisi sy walaupun ada wanita lain dalam hidup awk skrg....

KiSaH CiNtA pErTaMaKu...

awk…kenapa dirimu sudah berubah? Apa salah sy? Kalau sy pernah buat kesilapan, luahkanlah pada sy, persembahkanlah pada sy, jangan berdiam diri begini. sy sanggup menerima hukuman atas apa saja kesilapan sy, tapi apakah kesilapan itu sehingga membuatkan awk bisu seribu bahasa sebegini? Sukar untuk sy fahami.
awk…Masih ingatkah dikau bagaimana kesabaranku menunggumu selama ini? sy tutup pintu hati untuk orang lain demi awk. Apakah awk sudah lupa sejauh mana perjalanan sy untuk mengikat simpulan kasih ini? Masih ingatkah dikau betapa besarnya pengorbanan sy untuk menyuburkan tunas cinta yang kita semai dulu? Kenapa racun berbisa yang awk sirami? Kenapa???
awk…Kenapa dulu sanggup mengucapkan kata cinta pada sy??? Mengapa awk mengukir kata-kata janji untuk sy jadikan harapan? Sedangkan awk belum pasti, belum yakin yang cinta itu sudah datang. Mengapa awk memaksa sy membina sebuah tugu kasih di dalam jiwa sy yang kosong ini, akhirnya awk sendiri yang robohkan??? awk kejam, awk memang kejam!!!
awk…sy tidak pernah menyangka ini semua akan terjadi,sy tidak pernah mengimpikan kekecewaan dalam hubungan kita. Mengapa awk tinggalkan sy disaat rindu merah menyala??? Disaat sy masih menyinta? Kesepian dan kerinduan kian menggamit perasaan, semakin hari semakin kuat rindu itu datang…sy tidak sanggup berpisah denganmu, kembalilah awk, kembalilah sy rindukan awk…
awk…Dulu pernah awk berkata, sy lah insan yang paling memahami, insan yang paling mengerti, insan yang paling menyintai dirimu…Tapi kenapa kini awk berpaling arah? tidak cukupkah dengan apa yang telah sy berikan selama ini….kesetiaan? kejujuran? Tidak cukupkah ? Apakah ada insan yang lebih sempurna dan lebih memahami dirimu yang hadir merampas hatimu dari sy???kenapa seorang wanita sanggup membuat hati wanita lain kecewa...
awk…cintamu telah mengelar hatiku, cintamu sudah menghancurkan impianku, remuk redam hati ini memikirkan harapan yang punah…sy tidak malu menyatakan yang sy menangis hampir setiap malam mengenangkan kemusnahan ini…Pengorbanan yang sia-sia, yang tinggal hanyalah kenangan kenakalan senda guraumu yang sentiasa terngiang-ngiang di telingaku…Biarlah sy terus begini….sehingga sy menutup mata...

KaTaNyA pAdAKu....

Dia katakan padaku ingin menjadi kartunis,
Semoga dia dapat wujudkan watak yang akan sentiasa membuatkan aku ketawa.
Dia katakan padaku ingin menjadi payung ketika hujan,
Semoga dia dapat melindungi aku dari gerimis yang menggila.
Dia katakan padaku ingin memberikan kakinya,
Semoga dia dapat membawa aku pulang andai aku sesat di jalanan.
Dia katakan padaku ingin memberikan tangannya,
Semoga dia dapat memicit aku ketika 'teman' baik ku datang setiap bulan(jika bersatu di gerbang perkahwinan)
Dia katakan padaku ingin memberikan aku jarinya,
Semoga dia dapat memperbaiki kesalahan yang aku buat.
Dia katakan padaku ingin meminjamkan lidahnya,
Semoga dia dapat menceritakan hal-hal yang kelakar.
Dia katakan padaku ingin meminjamkan matanya,
Semoga di hari tua dia dapat mengguntingkan kuku dan memandikan aku.
Dia katakan padaku ingin meminjamkan tangannya,
Semoga dia dapat membawaku menelusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.
Dia katakan padaku ingin menjadi kanvas yamg putih bersih,
Semoga dia dapat lukiskan figura2 indah untuk tatapanku.

Itulah cinta..di saat kita merasa cinta itu beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan.maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang kita tidak pernah bayangkan sebelum ini...

Sunday, August 1, 2010

ranjau sepanjang jalan!!!

Huh… Entah mengapa tiba-tiba jiwaku bagai di pukul… Aku merintih sendirian.. Entah mengapa di suasana petang sebegini aku harus melawan kesakitan yang melanda jiwaku… Jika benar luka itu masih bersisa… Maka aku harus segera melenyapkan semua memori duka…. Sebak rasa dadaku menahan hal sebegini… Aku hanya mampu memandang, menanti dan menunggu sampai bila aku harus menerima semua ketentuan yang diperuntukkan buatku… Kadangkala aku rasa tidak adil untuk aku bernafas di bumi ini, namun segera aku menyedarkan diri aku sendiri, bahawa setiap kesakitan yang Allah sediakan untukku hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan aku.. Segera aku mengucap.. Ah… Tenang sekali melafaz dua kalimah syahadah..Terasa lapang dadaku….
Aku sendiri tidak tahu entah dimana aku harus mulakan, aku tidak tahu mengapa tiba-tiba hati ini di sentuh duka semalam… Aku sudah berupaya untuk melupakan semua kesakitan yang diberikan, namun dengan tiba-tiba, perasaan itu hadir kembali… Bayangan semalam bagaikan memaksa aku merintih sendiri… Aku jadi rindu pada kenangan lama dan aku begitu sayu sekali bila mengenangkan sekeping hati yang telah di hancur lumatkan oleh sorang insan yang bergelar kekasih… Sudah puas air mata ini mengalir di pipi… Sudah reda bengkak yang bernanah di hati ini, sudah surut dendamku, sudah puas aku memujuk diri… Namun mengapa tetiba bayangan semalam menghembat perasaanku hingga bergenang airmataku…. Ahh… ku sapu airmata yang hampir mengalir, aku tidak mahu ianya mengalir dipipi ini untuk kesekian kalinya… biarlah ku simpan airmataku ini untuk kegembiraan… Puas sudah ku meratapi sebuah nasib yang diperuntukan buatku… Sehingga kehari ini aku masih lagi mampu untuk terus bersabar dengan setiap kelukaan demi kelukaan… Hati ini bagaikan sudah menjadi lali untuk kesakitan, kelukaan, penindasan, ketandusan!!! Ah…aku kna kuat..kuat dlm mghadapi sgalanya!! Sungguh… Sebenarnya aku tidak mampu lagi untuk meratapi sebuah lagi kelukaan… biarlah pengalaman lalu berlalu bagai angin… Sungguh!! aku sudah tidak mampu lagi, aku sudah tidak kuat lagi untuk memikul bebanan duka.. Meyesal??? ah…ianya  langsung tidak terdetik di hatiku, kerana aku sendiri yang memutuskan jalan hidupku,. Untuk apa aku menyesal, kerana semuanya kehendak Tuhan… Cuma apa yang aku harapkan… moga ada sinar kebahagiaan buatku…..

Ya Allah…andai telah Kau catatkan takdir hidupku begini Kau berilah aku kekuatan untuk menghadapinya…Kekalkan iman di hatiku