Monday, August 2, 2010

KaTaNyA pAdAKu....

Dia katakan padaku ingin menjadi kartunis,
Semoga dia dapat wujudkan watak yang akan sentiasa membuatkan aku ketawa.
Dia katakan padaku ingin menjadi payung ketika hujan,
Semoga dia dapat melindungi aku dari gerimis yang menggila.
Dia katakan padaku ingin memberikan kakinya,
Semoga dia dapat membawa aku pulang andai aku sesat di jalanan.
Dia katakan padaku ingin memberikan tangannya,
Semoga dia dapat memicit aku ketika 'teman' baik ku datang setiap bulan(jika bersatu di gerbang perkahwinan)
Dia katakan padaku ingin memberikan aku jarinya,
Semoga dia dapat memperbaiki kesalahan yang aku buat.
Dia katakan padaku ingin meminjamkan lidahnya,
Semoga dia dapat menceritakan hal-hal yang kelakar.
Dia katakan padaku ingin meminjamkan matanya,
Semoga di hari tua dia dapat mengguntingkan kuku dan memandikan aku.
Dia katakan padaku ingin meminjamkan tangannya,
Semoga dia dapat membawaku menelusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.
Dia katakan padaku ingin menjadi kanvas yamg putih bersih,
Semoga dia dapat lukiskan figura2 indah untuk tatapanku.

Itulah cinta..di saat kita merasa cinta itu beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan.maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang kita tidak pernah bayangkan sebelum ini...

No comments:

Post a Comment