Monday, January 17, 2011

Keayuan Wanita Dimata Lelaki

            Antara perhiasan2 dunia yang Allah s.w.t ciptakan untuk kaum lelaki di dunia ini ialah kaum wanita yang mempunyai pelbagai tarikan diri dan gaya penanpilan tersendiri.Namun bagi lelaki pula tidak semua wanita akan menjadi citarasanya.Ada lelaki akan terpikat dengan kaum wanita kerana kelembutannya, ada pula yang cita rasanya pada kecantikan wanita sahaja, ada juga lelaki gemar dan terpesona dengan wanita kerana kelincahannya dan gaya keterampilan wanita dan banyak lagi.

         Pendek kata, bagi kaum lelak, wanita perhiasan yang memiliki keistimewaan yang tersendiri.Apakah rahsia pesona wanita di mata lelaki.Sudah dimaklumi bahawa ciri khas kaum wanita adalah kelembutan.Dengan kata lain, kekuatan kaum wanita terletak pada sifat2 kewanitaannya, antara lain seperti kelembutan,kehalusan kasih sayang dan cintanya.Sifat semulajadi ini tidak mungkin diubah dan dinafikan oleh kaum lelaki yang jauh lebih kuat kalau dilihat dari segi fizikal.
           Selanjutnya sifat2 ini pulalah yang menjadikan kaum wanita dan mempesona dalam pandangan kaum lelaki.Dan pesona itulah yang mendorong kaum lelaki sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapatkan wanita idamannya....seorang penyair pernah bermadah "wanita tidak ubah seperti cermin..disana engkau melihat dirimu dan nasibmu..cermin yang buruktidak ubah seperti syaitan dan cermin yang baik seolah-olah malaikat disampingmu"




No comments:

Post a Comment