Sunday, September 26, 2010

Benci Ku Sangka Sayang

Semalam sekali lagi air mataku menitis kerana dia...sejak akhir2 ini aku banyak terasa hati dengan setiap kata2 dia..semalam dia cakap aku mengata dia..salah ke aku cakap rindu dia bukan untuk aku..itu kenyataannya..rindunya memang bukan untuk aku...tapi untuk insan yang bertahta dalam hatinya sekarang.Aku tahu cinta tak mestinya bersatu...ku sangka dia sayang aku..rupanya benci..kalau dia sayangkan aku dia tak kan lukakan hati aku..

Indah waktu itu bila kau disampingku..namun kini semuanya berlalu..kau terlalu jauh denganku.kau kata terlalu sibuk dengan kerja..aku faham...namun perubahan dirimu membuatkan aku faham...kau tak pernah sayang padaku..setiap kata2 sayang yang keluar darimu hanya sekadar untuk menjaga hatiku...tak pernah terlintas untuk aku memburukkan dirimu..

Semalam segalanya terjawab..kau tak pernah menyayangiku...mungkin benci..masih terluka hatiku..yang telah kau cipta..mungkin kau ingin membalas dendam di atas kekecewaan kau dahulu..cintamu akan ku simpan dalam kotak hatiku..semoga kau mengerti tak pernah ku restui semua ini..orang benci ku sangka sayang..kenang2lah aku sayang..rinduilah aku dalam ingtanmu..

Kau akan sentiasa dalam hatiku..biar pun kau milik insan lain..aku dapat rasakan yang kita takkan bersatu..selagi ada seseorang dalam hatimu..beberapa kali bertemu mu..sejuk hatiku melihat senyumanmu..sinar matamu..biar pun ombak melanda pantai..cinta ku tak kan berubah..

MAF...maafkan aku andai kata2 aku selama ini membuat kau terluka..aku sekadar meluah naluri jiwa aku..biar pun hari berganti hari..kau tetap aku nanti..

No comments:

Post a Comment