Thursday, September 23, 2010

Indahkan Detik Bercinta

“SAYA cinta kamu.” Tiga perkataan yang ringkas tetapi sarat dengan makna yang begitu mendalam. Hanya perlu diucapkan dari mulut, ia sudah cukup membuatkan hati seseorang menjadi semakin melayang. Tetapi apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik ini menjadi saat yang paling bermakna.

Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.Demi membuktikan kesetiaan cinta setiap manusia sanggup lakukan apa saja...

Setiap orang ada pandangan masing-masing tentang cinta.Ada bermacam2 jenis cinta...tapi cinta yang kekal hanya kepada Maha Pencipta...Dalam.cinta macam2 rasa ada..gembira,bahagia,sayang,sedih dan kecewa..tapi bila kita kenal erti cinta kita akan tahu erti hidup..cinta mengajar kita supaya faham erti kehidupan yang sebenar...

Jangan salahkan cinta jika kita gagal dalam hidup..sepatutnya kita muhasabah diri kita..setiap yang berlaku pasti Allah telah rencanakan sesuatu yang terbaik buat kita..jangan kita letak cinta manusia melebihi cinta kita kepada Allah...kerana cinta kepada Allah yang kekal abadi...

No comments:

Post a Comment