Tuesday, September 21, 2010

Memaafkan dan Melupakan kecurangan???

Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.

Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.

Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.

Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.

Kadang-kadang kita boleh memaafkan pasangan kita tetapi di hati kta akan sentiasa di bayangi sejuta keperitan bagaikan setiap hari mati dan setiap hari di hidupkan kematianya utk d tagiskan kehidupanya utk penyisaan.Uuntuk memaafkan mungkin xsemudah kata2 yg keluar dari mulut.tp siapalah kita untuk tidak memberi kemaafan itu…untuk melupakan TIDAK sama sekali. Hati yang telah dicurangi ibarat kaca dihempas ke lantai. hancur berkecai tak kan bisa sembuh lagi…parut yang terkesan di dalam hati jadi duri dalam daging..

Apa pun yang penting hati dan niat kita ikhlas..setiap dari kita mestilah mempunyai iman yang kuat supaya setiap dari kita tidak mudah mengalah dalam cinta mahupun kehidupan...InsyAllah..andai kita memaafkannya..Allah akan menghadiahkan kita insan yang terbaik untuk kita...setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing...fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment