Wednesday, September 22, 2010

Panahan Cinta Dusta

ku jalan ke depan
bayang menghampiri
ku intai ke belakang silam menghantui
resah mula bertandang di dalam hati
ingin ku usir...bayang-baynag sendiri
kerana takut tersungkur lagi
kerana cinta lelaki aku menangis
bertahun mencari penawar
namun tak ku temu juga

ku tabahkan lagi hati ini
ku teruskan jua perjalanan ini
aku mencari...diri sendiri
dalam tabah aku diuji lagi
ku kumpul kekuatan untuk meneruskan

Ya Allah...
berilah aku kekuatan
hingga kini aku mencari kesilapam diri
aku ditingggalkan di saat cinta merah manyala
ditinggal insan bernama kekasih
aku ditinggalkan tanpa sebarang penjelasan

Ya Allah...
kurniakanlah kepadaku sedikit kekuatan
agar diriku tabah
dalam doa aku berharap
agar satu hari nanti aku temui
apa yang ku cari

dalam tenang
hati nur resah
dalam cinta
hati nur terluka
hingga kini nur mencari
penawar di hati





 

No comments:

Post a Comment